Tuesday, December 18, 2018

 

My Beloved Precious Gems.... they are all i have in this world... they are always with me through thick and thin... may their loves for me will bloom through times endlessly.. Umi loves you so much, kakak Ainnur Syafiqah , Abe Muhammad Ammier Syaqiem and Adik Mohamad Aiman..

Monday, December 17, 2018


Ninety Minutes Cinnamon Rolls
Bahan bahan:
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan majerin - suhu bilik
3 1/4 cawan all-purpose flour
1 (.25 ounce) package instant yeast
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan air
1 telur
Bahan Filling:
1 cawan gula perang
1 sudu besar serbuk cinnamon
1/2 cawan majerin - suhu bilik
1/2 cawan raisin (optional)
Cara cara:
Panaskan susu di dalam pan sehingga timbul bubbles, angkat. Masukkan majerin dan dikacau rata sehingga majerin mencair. Ketepikan sehingga menjadi suam. Di dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata. Tuang air, telur dan bancuhan susu dan dikacau rata rata lagi.Tambahkan baki tepung dalam 1/2 cawan pada satu satu masa dengan dikacau rata setiap kali memasukkannya. Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli sehingga sebati selama 5 minit.Tutup doh dengan kain lembab dan ketepikan selama 10 minit. Sementara itu, menggunakan mangkuk kecil, satukan serbuk cinnamon, gula dan majerin yang telah dilembutkan pada suhu bilik. Bentukkan doh sehingga menjadi bentuk rectangle saiz 12x9 inci. Sapu adunan majerin/gula atas doh. Taburkan raisin, jika suka. Gulung dan seal kan hujung sekali dengan disapu air pada doh supaya melekat. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya. Susun di dalam loyang yang telah dilenser majerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda. Panaskan oven pada suhu 190C dan bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan. Bolehlah dihidangkan semasa panas suam begitu sahaja atau diletakkan frosting.






Bart's Cinnamon Rolls - This cinnamon roll recipe produces perfectly light and fluffy cinnamon rolls every time! So simple to make, this is a family favorite cinnamon roll recipe! // addapinch.com