Thursday, January 6, 2011

RINDU......

Hati seorang lelaki...??????

u
Lelaki...Allah menganugerahkan 9 akal dan satu nafsu untuk makhluknya yang bergelar lelaki.. sebaliknya pada wanita diberikan 1 sahaja akal tetapi 9 nafsu...begitu mulianya seorang lelaki.. dijadikan Allah sebagai khalifah..wanita sebagai pendamping yg kejadiannya dari tulang rusuk lelaki..Hakikatnya sesiapa yg dijadikan lelaki sepatutnya bersyukur dengan kemuliaan yg diberikan..ironiknya setengah lelaki menyalahguna apa yang diberikan kerana terlalu mengikut kata hati.

Lelaki 1

Semasa mudanya seorang yg berpangkat..wajah yg kacak membuat ramai tg terpikat..dalam ramai2 kenalannya, ada seorang gadis pingitan yg jatuh cinta padanya. gadis itu amat menyayangi dan ikhlas mencintainya...namun..biasalah, hati mudanya hanya ingin seronok2, maklumlah ramai wanita keliling pinggang..gadis itu dibiarkan mencari-cari cinta darinya, dia hanya menggula-gulakan cinta kerana baginya walaupun dia sayang pada gadis itu tapi tak dapat juga dia menahan godaan dari yg lain... gadis itu akhirnya berundur diri bila terjumpa kad cinta dari gadis lain..namun nasib tidak menyebelahinya, rumahtangganya dgn wanita lain runtuh sebyk 2 kali sehingga dia mengeluh..menyesal, mengenangkan gadis yg pernah menyintainya separuh mati...kalaulah bisa diundur masa lalu..katanya..

Lelaki 2

Secara luaran dia tampak alim..maklumlah orang pondok..sebenarnya itu hanya pandangan luar yang menutup sifat sebenar beliau..dia mempergunakan kelebihannya menawan hati seorang gadis hingga gadis itu sanggup membelakangkan keluarganya...walaupun gadis itu tahu lelaki itu tidak berpangkat, hanya bergaji kecil..kerana terpaut sifat 'waraknya', semuanya ditelan..bahagia hanya sekejap, bila kehidupan mereka agak senang kerana gadis itu bekerja dan ada rezeki lebih, isterinya di abaikan, ditinggalkan kerana terpaut dgn janda yg jauh lebih tua darinya.. harta isternya dirampas, meninggalkan isteri dgn 3 org anak kecil..bekas isterinya menyara kehidupan anak2, dan dari keperitan yg dilalui, akhirnya bekas isterinya menempa kejayaan..lelaki itu sekarang kabarnya hidup terumbang ambing..walau berpisah, dia masih dalam penyesalan dari apa yg dilalui dulu..mahu berbaik dgn bekas isterinya, tp bekas isterinya enggan kerana serik dgn kelakuan beliau..mahu diundur masa dan memperbaiki kesilapan..nasi dan jd bubur..hidupnya tak sebahagia dgn bekas isterinya dulu..dan dia masih menganggap bekas isterinya adalah wanita yg terbaik yg pernah dia kenali..sesal dulu pendapatan...

Lelaki 3

Seorang yg agak berpengaruh ditempatnya..ahli politik..mempunyai isteri..tp hanya seorang anak sj..hatinya tak puas dgn diperolehi..sering dikaitkan dgn wanita..dalam ramai2 tu, adsa seorang janda yg berjaya di pikat..sifat lurus janda itu menyebabkan dia senang ditipu..dijanjikan janda itu akan berkahwin, digunakan janda itu untuk menolongnya ketika time 'sesak'..last sekali janda tu undur diri bila tau dia ada skandal dgn perempuan lain..setelah ditinggalkan, baru dia tau nilai cinta sebenar..isterinya sendiri tak mengambil tahu sgt pasal dia..sdgkan janda itu..terlalu mengambil berat..menyayanginya..tapi nasi sudah menjadi bubur..sesal tak sudah..

Lelaki 4

Lelaki ini mula mengenali seorang wanita dalam laman sosial..biasalah lelaki, walau dan berkahwin, tapi..naluri mahu bercinta lagi tetap ada...akhirnya wanita tu mula tangkap cintan dgn ayat2 cinta dari lelaki tu..secara luaran lelaki tu tampak baik..tapi rupanya ada satu sifat yg terselindung..sesuatu yang sukar difahami..diminta sesuatu yang agak tak munasabah..walhal dia tampak alim..binggung dan keliru wanita tu bila lelaki itu selalu naik angin..kata2 kesat dan tuduhan yang tak berasas..sifat ego dan amat sensitif..wanita itu bersyukur bila lelaki itu memutuskan hubungan..ada hikmat yang terselindung..dan mungkin suatu hari nanti lelaki itu akan sedar kesilapannya...apa agaknya rasa bila anak perempuan @ saudara mara perempuannya dilayan begitu?? ye la, tak kena batang hidung sendiri kita tak rasa..tapi bila terkena..tau pulak marah..sedangkan kita sendiri yang buat..

Begitulah secebis dari cerita dari hati seorang lelaki..walaupun lelaki adalah khalifah namun dia boleh menjadi dajal jika imannya tipis...apabila 9 akal lelaki gagal menguasai 1 nafsunya, maka setiap tindak tanduknya akan hilang pertimbangan..penyesalan tidak bisa mengembalikan kesejahteraan lalu..dan wanita yang tahu menguasai 9 nafsunya dengan 1 akal biasanya akan memperolehi kebahagiaan dan kenikmatan hidup yang tak terhingga..walaupun pada mulanya agak pahit..getir..

Sesungguhnya hati seorang lelaki, kadangkala amat sukar untuk dimengerti...