Friday, December 31, 2010

whatever you do to me....


Its d last month d Last day of 2010

:) Thanks to those who hated me,they made me stronger person

:) Thanks to those who Loved me, they made me heart bigger

:) Thanks to those who Were Worried about me they let me know that they actually cared

:) Thanks to those who Left me, they made me realize that nothing lasts forever

:) Thanks to those who Entered my life and made me who i'm today

Just Thank You For being there in my life whatsoever i might have meant to you. Thank

Thursday, December 30, 2010

A letter to a man

i still remember.....


on 31st December 1999 is still fresh in my memory..a day before my 8th wedding anniversary.. where i was so eagerly want to celebrate it..and yet Allah fate took over all the happiness that i had..My husband left us..jilted me leaving in pain and sorrow..why??? I questioned GOD..why ? in the middle of happiness..where my little baby still 47 months old..I was still in my confinement period..? why? we never faced any big problem..and yet we were labeled as happy couple by friends..i just dont understand..

It didnt take that long to understand why this thing happened, I realised that ALLAH didnt want me to live with a person who had changed..a person who betrayed me, my love...and person who i regarded as "angel" was no more like that. he misused my trust, my love..for another lady..because of wealth that was borrowed by Allah, he forgot our wow..to love and loyal to each other. The wealth made him selfish and dared to ruin our happiness...i felt devastated..hopeless.. my kids future was snipped, i felt like just experience an earthquake..in a blink of eye..everything ruined..

It was not easy to start a new life..the kids, especially the baby..he was too young to be fatherless..but i know Allah knows what is the best for me...i took it as a challenge.. a new momentum in life..i laid some plans and realized it..one by one..and looking back what i had experienced 11 years ago, I could see that Allah is so merciful and gracious..for He actually laid another plan for me..Yes, now I am a lady with more confident in life, more independent, with achievements ...more grateful and treasure the love i receive..most of my dreams come true..and most of all, i feel blessed by HIM..

Monday, December 27, 2010

Perbezaan antara ilmu dan harta



Perbezaan antara ilmu dan harta

by Azizon Aziz on Thursday, 25 November 2010 at 23:43

Perbezaan antara ilmu dan harta

Ilmu adalah warisan para nabi-nabi

Harta adalah warisan firaun dan qarun

Ilmu menjadikan kita mulia

Harta menjadikan kita bakhil

Ilmu bertambah bila memberi

Harta berkurang bila kita memberi

Ilmu akan melembutkan hati

Harta akan menjadikan hati kita keras

Ilmu membuat kita ramai kawan

harta membuat kita ramai musuh

Harta akan terputus bila kita mati

Ilmu munafaat akan kekal selamanya

what shall i give u...



What shall I give you?

What shall I give you, my dearest love?

The hills , the stars, the heavens above ?

- I have no power to give the earth or skies.

You have my body, blood and hot heart’s core,

Take all, before we die, and are no more:

Take all my hopes, my promises, my vanity’s lies -

Translate them fondly to your passion’s lust

Until - like all else - they too do dry to dust.

So what can I give you, apart from sighs,

What gift to last all days, all months, the future years

When death has won, and all that’s left are tears?

On paper, blotted, folded, I offer you this -

Inked with love timeless, sealed with tend’rest kiss, -

A loveheart poem woven from my simple soul,

Penned by hand, and love through words made whole.

By;

Jennifer conway

LOVE...

Thursday, December 23, 2010

The Chosen One


THE CHOSEN ONE

When I face some difficulties in life,
I know that I am the chosen one....
Coz you want me to remember YOU in despair,
To really rely on YOU..to make my self correction..
When YOU gifted me with abundant of joy,
I know I am still the chosen one...
You want me to be thankful to YOU...
For all the mercy and love YOU give..
Either in sorrow or happiness...
I still find myself as the chosen one..
As the test is to make me turn to YOU..
And the gift to make me be grateful to YOU...
For YOU Al Mighty, know what is the best for me.



written by,
azizon ab. aziz
(inspired by Maher Zain's song)

The virtue of friendship

Tuesday, December 21, 2010

Kembara Mekah


Pagi pagi lagi aku bangun untuk sahur sekadar air zam zam dan kurma, walaupun ada makanan yg disediakan,namun selera tertutup. Aku , kakak dan rakan sebilik bergegas ke masjidilharam, sekurang-kurangnya kami sempat solat sunat dan beribadah sebelum subuh menjelma. Tak dapat di gambarkan betapa gembira hati berada di masjilharam kerana pahala beribadah di sana bersamaan dengan seratus ribu berbanding dgn msjid nabawi bersamaan seribu.Laungan muazzin mengejutkan kekusyukkan kami. Lantas bersama dgn iman ( setelah pulang baru ku tahu bacaan lunak itu milik Sheikh imam Maher Muaqly.  Solat pertama di masjidil Haram amat tenang dan tidak dapat digambarkan kegembiraannya.begitu jugak dengan solat2 yang lain, terasa betapa nimatnya dersolat di sana. Kami dibawa melawat tempat2 seperti Jabal Rahmah, Mina, Arafah, Bukit Uhud, Bukit Nur dan ladang unta..sayang, kami tak dapat merasa susu unta kerana puasa. tapi kami membawa pulang ke bilik untuk merasanya.

Selain itu lawatan ke miqat yang lain seperti Tanaim,Hudaibiyah dan Jaaranah memudahkan kami membuat umrah sunat yg lain. Kami sempat membeli barang cenderahati untuk sedara taulan di sini. Pelbagai pengalaman yg ku kira ajaib berlaku di sini yg menyebabkan hati begitu padu,jitu yakin tentang kekuasaan, kasih sayang dan keagunganNYA. Ada juga pengajaran yang membuat aku terpukul dengan kejahilan sendiri. tak dapat ku lupakan saat mengucup Hajarul Aswad, bersolat dan berdoa di tempat afdal seperti di pancuran emas hijir Ismail, makam Nabi Ibrahim & Multazam. Aku rasa bersyukur kerana semuanya berjalan mudah dengan pertolonganNYA. Kenangan indah di sana amat ku hargai dan berdoa agar aku bakal menunaikan fardhu haji suatu hari nanti..Bumi Mekah yang panas itu berjaya menyejuk hatiku... besar sungguh rahmat dan pertolonganNYA padaku..teringat pengalaman semasa bertawaf, di cuaca yang panas membakar, sesekali ada hembusan nyaman bertiup..aku tertanya2 dari mana angin lembut itu..bulu roma ku meremang bila aku terbaca satu artikel setelah aku pulang dari umrah, ketika ditinggalkan sendirian bersama nabi Ismail, Siti Hajar berdoa agar disejukkan tanah Mekah yang panas gersang itu. Lantas Allah membuka sedikit lubang angin dari syurga agar bumi Mekah tidak terlalu panas membakar. Subhanallah, begitu besar keagunganMU...sampai sekarang hembusan bayu lembut itu keluar menyejukkan bumi penuh rahmaht dan barakakah. wallahuallam.antara Mekah dan Madinah, hatiku terpaku..mahu senatisa berada di sana, mahu jasad ku berada di sana nanti kiranya DIA menjemputku..Ya Allah, hambaMu insaf..tekad ku ingin kembali lagi ke sini, berkali kali..biar dalam mimpi mahupun realiti..bersama ahli keluargaku nanti..insyaallah..Ya Allah berikanlah kebahagiaan buat kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Amin.

Mekah-Labbaikallahumalabbaik


Mekah...satu-satu tempat yang paling suci di dunia ini. Kaabah, rumah Allah yang menjadi tempat tumpuan seluruh umat Islam untuk menyembah yang SATU. Aku tiba di tanah suci Mekah pada waktu lewat senja. Muttawif kami menyarankan agar kami ke hotel untuk check in. Aku dan kakak di tempatkan di hotel Tahani Mawwadah di Gaza street. setibanya di sana kami dinasihatkan berbuka dahulu sebelum berkumpul di lobby jam 9 malam untuk menyempurnakan umrah kami. Aku dan kakak ditempatkan bersama 2 yang lain dalam bilik yag agak sempit. Namun aku yakin ini ujian untuk kami kerana bukan kah berada di sini mengajar kita untuk sabar dan redha?...Hati bercampur baur antara takut dan teruja..teringat pesan seorang kenalan di Madinah, ujian di Mekah adalah kuat..dengan suhu panas yg melampau yang hampir mencecah 50 celcius, aku berserah sepenuhnya kepadaNYA. Pertama kali sepanjang ketibaan kami di sini, kami makan makanan ala Melayu, hilang kerinduan pada masakan ibu. Selesai makan, aku menunaikan solat maghrib dan terus berkumpul di lobby. Mutawwif kami membawa kami ke masjidilharam yang tak jauh dari hotel. Memasuki Masjidilharam pintu utama Babussalam, hati berdebar, Ya Allah, hambaMU datang penuh dosa, sucikan hati kami..ampunkan dosa kami, jangan KAU aibkan kami dan permudahkan urusan kami disini. Itu yang mampu ku ucapkan bersama dengan doa. Melalui tempat orang bersaei, hati rasa terpegun dengan kegigihan mereka melakukannya. Sayup-sayup terdengar bacaan Iman yang merdu dan mendayu-dayu mengendali solat teraweh..Ya Allah, aku bagaikan tidak percaya kerana aku sekarang menyaksikan solat teraweh di Mekah yang selama ini hamya mampu ku tonton di TV. Dan aku bakal bersama mereka malam esok untuk melakukannya. ya Allah, segala kesedihan yang ku lalui masa lalu hilang kerana nikmat berada di sini jauh lebih besar..

Kaabah, pertama kali memandangnya, tiada satu ayat yang mampu mentafsir apa yang tersirat di hati..hanya DIA yang mengetahui. Kami di bawa oleh mutawwif bertawaf, dan kami cuba mengikuti doa beliau dalam lautan jutaan manusia ku kira. Cucuran air mata mencurah bagaikan air terjun. Selesai tawaf, kami di bawa ke tempat saei untuk bersaie. Antara Safa dan Marwah,hatiku menyelami perasaan seorang wanita mulia, Siti Hajar yang berlari-lari mencari seteguk air buat anaknda tercinta Nabi Ismail yang menangis kehausan ditengah padang pasir gersang seorang diri..dan aku barada di laluan marmar dan di bawah teduhan indah tanpa rintangan, pun begitu keletihan terasa. Ya ALLAH, ampunkanlah dosa hambaMU yang tak sabar ini. Setelah selesai saei, aku dan kakak serta rakan sebilik bertahalul dan berehat di atas longgokkan batu..mata sayu memandang lautan manusia tak kira bangsa tekun bersaei. Aku meneguk air zamzam pertama di tanah suci Mekah... nikmatnya tak terhingga. Kemudian kami dinasihatkan pulang ke hotel untuk berehat..aku dan yang lain akur walaupun hati melonjak-lonjak mahu berada di situ lagi..paling tidak melakukan ibadah.. semasa kami berangat pulang ke hotel, telinga terdengar sayup-sayup bacaan iman..hati berat melangkah..malam pertama di kota suci Mekah, tidurku terasa dalam rahmat dan kasihsayangMU Ya ALLAH..mata terlelap bersama pandangan Kaabah..dan ingatan pada Mu Ya ALLAH dan Rasulullah semakin kuat...

Monday, December 20, 2010

Mekah-Sepanjang jalan kenangan

Setelah berada beberapa hari di Madinah, masa telah tiba untukku bertolak ke Mekah. Hati amat sayu meninggalkan junjungan di sana, namun aku harus berangkat menjejaki Rumah Allah di Mekah. Kami berangat pada sebelah pagi, setelah selesai subuh, aku terus menunggu solat dhuha di Nabawi. setelah urusan selesai, aku mengucapkan salam pada junjungan dan sahabat..hanya Allah tahu betapa beratnya hati untuk melangkah pergi, sebelum itu kami sempat ke tepi perkuburan Baqi untuk menghadiahkan doa pada penghuni di sana. Linangan airmata mengiringi perjalanan kami..sayup-sayup kubah hijau lenyap dari pandangan kami. perjalanan yang hampir mengambil masa separuh hari amat memenatkan kami..sesekala mata mencuri pandangan keluar tingkap..terpandang gersang bukit batu..sekeras hati kaum jahiliah dulu mungkin sewaktu mereka menentang Rasulullah...aduhai..terasa betapa sukarnya perjalanan baginda rasul ketika berhijrah dulu..sekurang-kurangnya kami berada dalam bas yg berhawa dingin..sedangkan rasulullah dan sahabat..dalam kepanasan berjalan kaki mengharungi gubung batu yg gersang perit membakar..kami tiba di Bir Ali untuk niat ihram. perjalanan ke Mekah menginsafi hati ini, betapa peritnya perjuangan Rasul dan sahabat di kala dulu untuk menyebarkan syiar Islam..dan kita umat Islam hari ini terang-terang membelakangkan seruan baginda. masing-masing dalam bas melayan perasaan..mungkin hati bercampur baur sayu,gembira dan terujabercampur dengan keletihan perjalanan dalam bulan puasa..tiba- tiba hati terpandang papan tanda ' Welcome to Mecca'..hati berdebar-debar..teruja..sayu..mulut kumat kamit berzikir..hati bagaikan tak percaya yg aku akan memasuki Tanah Haram..Ya ALLAH, terima lah hambaMU yang berdosa ini ke Tanah SuciMU...hati mengimbau dosa silam yg tak terhitung..apakah Kau akan menerimaku dalam keadaan begini????? dan airmata penyesalan dan takut laju mengalir dipipi..

Sejadah hijau tanda cinta nabawi


Sebelum berangkat menunaikan umrah,sahabat baik, Wan Sapinah telah menghadiahkan sehelai sejadah kepada ku untuk digunakan di sana tapi sayangnya ketika pulang dari teraweh aku kehilangannya. Mungkin tercicir semasa menbeli minuman @ semasa menukar wang, aku tak pasti..sedar2 ianya hilang dari tanganku.. Hati rasa terkilan, namun aku pujuk hatiku,mungkin sejadah itu mahu terus berada di sana,..namun ALLAH maha kaya, ketika aku menunaikan solat teraweh tanpa sejadah, seorang wanita dari Algeria yang tinggal di Madinah telah bermurah hati berkongsi sejadah denganku, kebetulan dia fasih berbahasa Inggeris kerana lama tinggal di London lalu aku menceritakan kehilangan sejadahku. Usai solat teraweh, wanita itu dengan murah hati menghadiahkan sejadah hijau beliau kepada ku. Tergaman, aku cuba menolak dengan lembut kerana segan, namun dia beriya-iya memberinya padaku. Aku amat bersyukur kerana aku yakin Allah ingin menganugerahkan sesuatu kenangan dari masjid nabawi padaku..menitis airmata dengan Ar RahmanNYA, satu-satu kenangan dari masjid Nabawi buat hambamu yang kerdil ini..akan ku gunakan sejadah cinta itu untuk solat teraweh sebagai tanda kenangan ramadan di Nabawi. setiap kali menggunakannya, teringat kepada kebeningan Nabawi yang sering menggamit kalbu..satu-satunya kenangan cinta yang menghubungkan aku dan Nabawi..dan gamitan kasih dan cinta seorang Rasul terhadap umatnya...sejadah hijau cinta menghubungkan aku, Nabawi dan junjungan baginda. Terima kasih ALLAH..sehina mana diriku, KAU masih lagi menunjukkan Ar rahmanMU padaku.

sejadah cinta nabawi...