Monday, December 20, 2010
Sejadah hijau tanda cinta nabawi
Sebelum berangkat menunaikan umrah,sahabat baik, Wan Sapinah telah menghadiahkan sehelai sejadah kepada ku untuk digunakan di sana tapi sayangnya ketika pulang dari teraweh aku kehilangannya. Mungkin tercicir semasa menbeli minuman @ semasa menukar wang, aku tak pasti..sedar2 ianya hilang dari tanganku.. Hati rasa terkilan, namun aku pujuk hatiku,mungkin sejadah itu mahu terus berada di sana,..namun ALLAH maha kaya, ketika aku menunaikan solat teraweh tanpa sejadah, seorang wanita dari Algeria yang tinggal di Madinah telah bermurah hati berkongsi sejadah denganku, kebetulan dia fasih berbahasa Inggeris kerana lama tinggal di London lalu aku menceritakan kehilangan sejadahku. Usai solat teraweh, wanita itu dengan murah hati menghadiahkan sejadah hijau beliau kepada ku. Tergaman, aku cuba menolak dengan lembut kerana segan, namun dia beriya-iya memberinya padaku. Aku amat bersyukur kerana aku yakin Allah ingin menganugerahkan sesuatu kenangan dari masjid nabawi padaku..menitis airmata dengan Ar RahmanNYA, satu-satu kenangan dari masjid Nabawi buat hambamu yang kerdil ini..akan ku gunakan sejadah cinta itu untuk solat teraweh sebagai tanda kenangan ramadan di Nabawi. setiap kali menggunakannya, teringat kepada kebeningan Nabawi yang sering menggamit kalbu..satu-satunya kenangan cinta yang menghubungkan aku dan Nabawi..dan gamitan kasih dan cinta seorang Rasul terhadap umatnya...sejadah hijau cinta menghubungkan aku, Nabawi dan junjungan baginda. Terima kasih ALLAH..sehina mana diriku, KAU masih lagi menunjukkan Ar rahmanMU padaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment