Tuesday, December 21, 2010

Mekah-Labbaikallahumalabbaik


Mekah...satu-satu tempat yang paling suci di dunia ini. Kaabah, rumah Allah yang menjadi tempat tumpuan seluruh umat Islam untuk menyembah yang SATU. Aku tiba di tanah suci Mekah pada waktu lewat senja. Muttawif kami menyarankan agar kami ke hotel untuk check in. Aku dan kakak di tempatkan di hotel Tahani Mawwadah di Gaza street. setibanya di sana kami dinasihatkan berbuka dahulu sebelum berkumpul di lobby jam 9 malam untuk menyempurnakan umrah kami. Aku dan kakak ditempatkan bersama 2 yang lain dalam bilik yag agak sempit. Namun aku yakin ini ujian untuk kami kerana bukan kah berada di sini mengajar kita untuk sabar dan redha?...Hati bercampur baur antara takut dan teruja..teringat pesan seorang kenalan di Madinah, ujian di Mekah adalah kuat..dengan suhu panas yg melampau yang hampir mencecah 50 celcius, aku berserah sepenuhnya kepadaNYA. Pertama kali sepanjang ketibaan kami di sini, kami makan makanan ala Melayu, hilang kerinduan pada masakan ibu. Selesai makan, aku menunaikan solat maghrib dan terus berkumpul di lobby. Mutawwif kami membawa kami ke masjidilharam yang tak jauh dari hotel. Memasuki Masjidilharam pintu utama Babussalam, hati berdebar, Ya Allah, hambaMU datang penuh dosa, sucikan hati kami..ampunkan dosa kami, jangan KAU aibkan kami dan permudahkan urusan kami disini. Itu yang mampu ku ucapkan bersama dengan doa. Melalui tempat orang bersaei, hati rasa terpegun dengan kegigihan mereka melakukannya. Sayup-sayup terdengar bacaan Iman yang merdu dan mendayu-dayu mengendali solat teraweh..Ya Allah, aku bagaikan tidak percaya kerana aku sekarang menyaksikan solat teraweh di Mekah yang selama ini hamya mampu ku tonton di TV. Dan aku bakal bersama mereka malam esok untuk melakukannya. ya Allah, segala kesedihan yang ku lalui masa lalu hilang kerana nikmat berada di sini jauh lebih besar..

Kaabah, pertama kali memandangnya, tiada satu ayat yang mampu mentafsir apa yang tersirat di hati..hanya DIA yang mengetahui. Kami di bawa oleh mutawwif bertawaf, dan kami cuba mengikuti doa beliau dalam lautan jutaan manusia ku kira. Cucuran air mata mencurah bagaikan air terjun. Selesai tawaf, kami di bawa ke tempat saei untuk bersaie. Antara Safa dan Marwah,hatiku menyelami perasaan seorang wanita mulia, Siti Hajar yang berlari-lari mencari seteguk air buat anaknda tercinta Nabi Ismail yang menangis kehausan ditengah padang pasir gersang seorang diri..dan aku barada di laluan marmar dan di bawah teduhan indah tanpa rintangan, pun begitu keletihan terasa. Ya ALLAH, ampunkanlah dosa hambaMU yang tak sabar ini. Setelah selesai saei, aku dan kakak serta rakan sebilik bertahalul dan berehat di atas longgokkan batu..mata sayu memandang lautan manusia tak kira bangsa tekun bersaei. Aku meneguk air zamzam pertama di tanah suci Mekah... nikmatnya tak terhingga. Kemudian kami dinasihatkan pulang ke hotel untuk berehat..aku dan yang lain akur walaupun hati melonjak-lonjak mahu berada di situ lagi..paling tidak melakukan ibadah.. semasa kami berangat pulang ke hotel, telinga terdengar sayup-sayup bacaan iman..hati berat melangkah..malam pertama di kota suci Mekah, tidurku terasa dalam rahmat dan kasihsayangMU Ya ALLAH..mata terlelap bersama pandangan Kaabah..dan ingatan pada Mu Ya ALLAH dan Rasulullah semakin kuat...

No comments:

Post a Comment