Tuesday, December 21, 2010

Kembara Mekah


Pagi pagi lagi aku bangun untuk sahur sekadar air zam zam dan kurma, walaupun ada makanan yg disediakan,namun selera tertutup. Aku , kakak dan rakan sebilik bergegas ke masjidilharam, sekurang-kurangnya kami sempat solat sunat dan beribadah sebelum subuh menjelma. Tak dapat di gambarkan betapa gembira hati berada di masjilharam kerana pahala beribadah di sana bersamaan dengan seratus ribu berbanding dgn msjid nabawi bersamaan seribu.Laungan muazzin mengejutkan kekusyukkan kami. Lantas bersama dgn iman ( setelah pulang baru ku tahu bacaan lunak itu milik Sheikh imam Maher Muaqly.  Solat pertama di masjidil Haram amat tenang dan tidak dapat digambarkan kegembiraannya.begitu jugak dengan solat2 yang lain, terasa betapa nimatnya dersolat di sana. Kami dibawa melawat tempat2 seperti Jabal Rahmah, Mina, Arafah, Bukit Uhud, Bukit Nur dan ladang unta..sayang, kami tak dapat merasa susu unta kerana puasa. tapi kami membawa pulang ke bilik untuk merasanya.

Selain itu lawatan ke miqat yang lain seperti Tanaim,Hudaibiyah dan Jaaranah memudahkan kami membuat umrah sunat yg lain. Kami sempat membeli barang cenderahati untuk sedara taulan di sini. Pelbagai pengalaman yg ku kira ajaib berlaku di sini yg menyebabkan hati begitu padu,jitu yakin tentang kekuasaan, kasih sayang dan keagunganNYA. Ada juga pengajaran yang membuat aku terpukul dengan kejahilan sendiri. tak dapat ku lupakan saat mengucup Hajarul Aswad, bersolat dan berdoa di tempat afdal seperti di pancuran emas hijir Ismail, makam Nabi Ibrahim & Multazam. Aku rasa bersyukur kerana semuanya berjalan mudah dengan pertolonganNYA. Kenangan indah di sana amat ku hargai dan berdoa agar aku bakal menunaikan fardhu haji suatu hari nanti..Bumi Mekah yang panas itu berjaya menyejuk hatiku... besar sungguh rahmat dan pertolonganNYA padaku..teringat pengalaman semasa bertawaf, di cuaca yang panas membakar, sesekali ada hembusan nyaman bertiup..aku tertanya2 dari mana angin lembut itu..bulu roma ku meremang bila aku terbaca satu artikel setelah aku pulang dari umrah, ketika ditinggalkan sendirian bersama nabi Ismail, Siti Hajar berdoa agar disejukkan tanah Mekah yang panas gersang itu. Lantas Allah membuka sedikit lubang angin dari syurga agar bumi Mekah tidak terlalu panas membakar. Subhanallah, begitu besar keagunganMU...sampai sekarang hembusan bayu lembut itu keluar menyejukkan bumi penuh rahmaht dan barakakah. wallahuallam.antara Mekah dan Madinah, hatiku terpaku..mahu senatisa berada di sana, mahu jasad ku berada di sana nanti kiranya DIA menjemputku..Ya Allah, hambaMu insaf..tekad ku ingin kembali lagi ke sini, berkali kali..biar dalam mimpi mahupun realiti..bersama ahli keluargaku nanti..insyaallah..Ya Allah berikanlah kebahagiaan buat kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment