Raudah
Raudah, sesejuk namanya..begitu la jua sedamai hati ini. Hati terasa bagaikan terpanggil utk berada di tempat mustajab doa ini. namun bukan senang utk wanita berada berada di situ. Kami harus mengikut giliran mengikut negara. Usai solat teraweh malam kedua, kami diberi tahu raudah akan dibuka jam 12 malam. Aku dan kakak ambil keputusan untuk menyertainya. hati rasa bagaikan berdebar semasa menunggu giliran. hampir 2 jam lebih menunggu, kami di bawa ke sana. pertama kali memasuki raudah, aku mengucap salam kepada rasul dan sahabat2..Ya Allah, aku sekarang semakin hampir dengan junjungandan sahabat2..dalam keadaan bersesak2, syukur aku mendapat satu ruang di antara mimbar utk bersolat,berdoa..tak dapat digambarkan betapa sayu, bahagia dan syukur kepada ALLAH kerana berpeluang berada di taman SyurgaNYA. Kakak ku hilang entah kemana, jemaah Arab cuba mengambil ruang di depan ku ketika aku bersolat hajat hingga aku tak dapat rukuk dan sujud, namum ku anggap ini dugaan, lantas aku menunggu dalam solat sehingga dia selesai. Aku mendapat hikmah atas kesabaran ini, mungkin ALLAH mahu aku lebih lama berada di atas karpet hijau raudah. Selesai solat hajat, aku beranjak ke ruang lain di antara mimbar kerana bimbang dihalau oleh petugas..disitu aku berjaya menunaikan solat taubah, begitulah aku sering beralih pergerakan hingga selesai menunaikan solat2 dan doa..syukur, antara airmata dan doa, aku memohon agar aku dan ahli keluargaku serta mereka yg mengasihi diriku, muslimin semua berada dalam jannahMU, ya ALLAH. Dan Raudah amat istimewa kerana antara antara rumah rasul dan masjid nabawi, terdapat taman syurga yg mengalu-alu kedatangan kami..ya rasulullah, terasa malu umat mu yg berdosa ini berada di taman mu..namun, aku ingin menjadi umatmu yang mendapat syafaat darimu..beroleh jannah..dan ya rasulullah, akau amat menyayangimu...setulus hati..kasihku padamu melebihi dari kasihku sesama insan..kerana itu aku ingin kau memberi syafaat dan meminum air dr perigi al kauthar buat kami sekeluarga di akhirat kelak..dan syukur dalam masa yg singkat di madinah, aku berjaya mendapat (berada) Raudah sebanyak 4 kali. Alhamdulillah ya ALLAH..aku menempah tempat di Raudah(Syurga) utk kami sekeluarga, perkenankanlah doa hambaMU yg lemah ini..Amin..Assalamualaika ya rasulullah dan sahabat..aku rindu ucapan itu..
No comments:
Post a Comment