masjid nabawi
Kami menginap di hotel Al-Tayyibah yg terletak berdekatan dgn masjid nabawi. keseronokkan yg tak terhingga bercampur dengan kegembiraan dan sayu kerana terasa baginda rasul terlalu dekat jarak dengan ku. tak sabar-sabar untuk ke sana. Sesampainya ku ke sana, aku terus menuju ke masjid untuk solat asar. Pertama kali melangkah ke dalam masjid, ayat pertama yg ku ucap..assalamualaika ya rasulullah...tak sedar air mata ku mengalir..gembira dan sayu..,bersyukur ke hadrat ALLAH kerana menjemput ku ke sini. Usai solat asar, kami pulang untuk berehat kerana keletihan dalam perjalanan,sementelah lagi bulan puasa..di hotel, hati bagai digamit untuk ke sana lagi..namun mematuhi pesanan muttawif agar kami berehat, kami mandi dan lelap seketika.. mentari hampir terbenam, kami bergegas ke masjid. Pengalaman pertama berpuasa di negara asing,aku dan kakak keliru bila tangan diheret oleh wanita Arab yg berniqab, rupanya dia ingin kami berbuka ditempatnya..menhormatinya, kami turutinya..kami di beri roti berbentuk donat besar yg dibahagi2 dan tamar serta air zam zam. setelah azan kedengaran, kami berbuka, namun..roti itu kami bahagikan pada jemaah disebelah kerana air zama-zam dan tamar mencukupi utk kami, lagipun pihak hotel menyediakan makanan buat kami. pertama kali berbuka di masijid nabawi terasa syahdu kerana hati terasa rasulullah ada bersama. Setelah selesai solat maghrib, kami ke hotel untuk makan. nasi biryani, tart badam, manisan arab dan byk makanan menyebabkan kami makan dgn selera..selesai makan, kami ke masjid untuk solat isya' dan taraweh dan witir...linangan air mata mengiringi solatku apatah lagi mendengar bacaan imam..hati rasa amat bahagia...namun akibat kekenyangan menyebabkan badan rasa agak mengah..dan aku bertekad tak mahu makan banyak lagi..sebaliknya..kami berniat utk hanya menyimpan makanan dan memakan selesai teraweh..solat teraweh hari pertama 1 ramadan 2009 dimasjid nabawi akan tersemat di sanubari selama-lamanya..syukur ya ALLAH..hadiah yg paling berharga dari seorang kakak kepada ku dan tidur pertama di 1 ramadan di Madinah , amat bermakna kerana terasa baginda rasul ada bersama..
No comments:
Post a Comment