Tuesday, December 18, 2018

 

My Beloved Precious Gems.... they are all i have in this world... they are always with me through thick and thin... may their loves for me will bloom through times endlessly.. Umi loves you so much, kakak Ainnur Syafiqah , Abe Muhammad Ammier Syaqiem and Adik Mohamad Aiman..

Monday, December 17, 2018


Ninety Minutes Cinnamon Rolls
Bahan bahan:
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan majerin - suhu bilik
3 1/4 cawan all-purpose flour
1 (.25 ounce) package instant yeast
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan air
1 telur
Bahan Filling:
1 cawan gula perang
1 sudu besar serbuk cinnamon
1/2 cawan majerin - suhu bilik
1/2 cawan raisin (optional)
Cara cara:
Panaskan susu di dalam pan sehingga timbul bubbles, angkat. Masukkan majerin dan dikacau rata sehingga majerin mencair. Ketepikan sehingga menjadi suam. Di dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata. Tuang air, telur dan bancuhan susu dan dikacau rata rata lagi.Tambahkan baki tepung dalam 1/2 cawan pada satu satu masa dengan dikacau rata setiap kali memasukkannya. Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli sehingga sebati selama 5 minit.Tutup doh dengan kain lembab dan ketepikan selama 10 minit. Sementara itu, menggunakan mangkuk kecil, satukan serbuk cinnamon, gula dan majerin yang telah dilembutkan pada suhu bilik. Bentukkan doh sehingga menjadi bentuk rectangle saiz 12x9 inci. Sapu adunan majerin/gula atas doh. Taburkan raisin, jika suka. Gulung dan seal kan hujung sekali dengan disapu air pada doh supaya melekat. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya. Susun di dalam loyang yang telah dilenser majerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda. Panaskan oven pada suhu 190C dan bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan. Bolehlah dihidangkan semasa panas suam begitu sahaja atau diletakkan frosting.






Bart's Cinnamon Rolls - This cinnamon roll recipe produces perfectly light and fluffy cinnamon rolls every time! So simple to make, this is a family favorite cinnamon roll recipe! // addapinch.com

Sunday, July 3, 2016

 kek Carrot moist

1 cawan Tepung gandum**
1 camca teh baking powder**
1/2 camca teh soda bikabonat**
1/2 camca teh garam halus**
1/4 camca teh serbuk kayu manis (serbuk kuih)**
2biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
3/4cawan gula perang
1/4 parutan lobak merah (perah airnya)
1/2 cawan nanas dalam tin (tos dan cincang)
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut (cincang halus)



 Cara menyediakan:

  1. Panaskan oven 180c.
  2. Telur,minyak dan gula kacau sekata dalam 5 minit.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak (bertanda **) gaul sebati.
  4. Masukkan carrot,nanas,kelapa,kacang walnut. Gaulkan sebati.
  5. Isi kedalam 2 loyang yang sudah digris dengan minyak atau mentega. Bakar pada suhu 160c, 35minit (loyangku jenis cepat panas. Kalau korang guna loyang 9x9 masa bakar adalah selama 50minit
  6. Sejukkan dahulu kek atas jaringan untuk cepat sejuk. Boleh juga setelah sejuk masukkan ke alam peti ais untuk sessi topping seterusnya.

Bahan Topping:
250g Krim Cheese
100g Mentega
1 camca Aisin Vanilla
120g gula aisin (kalau tak ada,blander halus gula pasir dah memadai)

Cara buat Topping cream:

  1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan aisin Vanilla dan gula halus. Putar hingga gebu dan halus
  3. Apabila kek pertama sudah di letak cream, letak lapisan kedua keatasnya. Ulang sessi menghias, boleh lah korang hias kek korang secantik yang boleh. Ikut suka ya.

Saturday, March 29, 2014

life is but a dream....
thanks Allah for fulfilling all my dreams...even though I need to face difficulties and struggles with sloppy climbs, I am still able to reach the point where I desire for...Alhamdulillah ...Oh Allah, lead me the right way..a way to Jannah...ameen

Saturday, April 21, 2012

Law Kana Bainana Ya Habibi..Ya Rasulullah...

What if I do if my Habib is in front of me ?...A touchy emotional question that ponder our heart so much..I will ask forgiveness for only loving him but sometimes i disobey his teachings... i will ask him to do some prayers for me and my family and i want him to gives his blessings so that My family as well as those who love Allah and him in heaven...Ya Allah , let us meet him one day..
.

Friday, March 2, 2012

Why it always me????

This morning when I woke up, my youngest son asked me...why it always me? I was a bit shock to receive that kind of question from him... I know he is having a difficult time in his life... He is still unable to go to school due to the sickness...two months ago he suffered from lung infection...admitted in ICU and was bed ridden for 2 weeks.. Now because of it, he could't walk properly due to bed sore..He becomes very sensitive ever since.. Due to his incapability, he feels useless..
Calmly I answered him..."my dear son, please be grateful to Allah because we are still together now... Allah had listened to my prayer for giving you back your life...there are still many people outside who are suffering... they couldn't walk at all... my dear, Have you ever asked Allah when He gives you everything you want??? Have you ever asked Him when you eats at Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut, McDonald or famoust restaurant?..where else outside us millions of people are suffering and starving..Have you ever asks Allah 'Why it always me when you can sleep in big hotel and can go for excursion,,,wherelse outside there many people are homeless..we should grateful to Allah for giving us such a small test" most of all, you still got a mum and siblings to love you more than anything else ..Upon hearing me...he hugged me and said.."enough umi... I am sorry...Thank you Allah for letting me realised...How lucky I am compare to others..

Tuesday, October 18, 2011

“Setiap yang benar, betapa ditekan tetap menjalar,
tanpa dibaja, kan tetap mekar,
tanpa udara pun, kan tetap segar.”
-----------------------------------------
Benih Harapan, 1973

(A Samad Said)

Tuesday, August 16, 2011

in search of night of decree

We revealed it (the Qur’an) on the Night of Power
Would that you knew what the Night of Power is like.
Better is the Night of Power than a thousand months.
On that night the angels and Spirit descend by their Lord’s permission, with all His decrees.
That night is peace, till the break of dawn. (97 Holy Quran)
In this significant night alone worshipping Allah (Subhanahu wa Ta’ala) is more than the worship of one thousand months. Whosoever missed the virtues of this night will be very unlucky but will not be deprived from the blessing of this Night.
This Night of Power falls in the last ten days of the holy month of Ramadan. Most scholars are agreed and say to seek it in odd nights of Ramadan such as 21, 23, 25, 27 and 29.
“He who spends the Night of Power in worship, with a pure motive of faith and devotion, will have all his past sins forgiven”
In this night, Arch Angle Jibril (Gabriel in Bible) with the permission of Allah (Subhanahu wa Ta’ala) descend from heaven with many angels on earth with four flags one for each Holy Kaaba, Prophet’ Mosque (Masjid-e-Nabvi), Baitul Maqdas and Mount of Sinai. He would order all angels to spread out on earth to visit the homes of Muslims, land and sea and herald the worshippers of Allah. They make Dua to Allah (Subhanahu wa Ta’ala) for the forgiveness of the Muslims until the dawn. They do not visit where there are pictures, swine, alcohol, dog and sex.
The Best way to Pray Nawafil in the Night of Qadr:
1. Two Rakah Nafil in each Rakah after Surah Fatiha, Surah Qadar once and Surah Ikhlas (3) three times. The person would get the reward of the Night of Power, which would be equal to the rewards of Hazrat Idris (A.S.), Hazrat Shuaib (A.S.), Hazrat Ayub (A.S.), Hazrat Dawood (A.S.) and Hazrat Nuh (A.S.). The person would get a palace in paradise, which stretches from east to west.
2. The Holy Prophet (Salla Allahu ta’ala ‘alayhi wa Sallam) said, whosoever would pray two Rakah Nafil in the night of Qadr, in each Rakah after Surah Fatiha, read Surah Ikhlas (7) seven times and after finishing the prayer read (Astaghfirul lahil azimal lazi la ilaha illahoal hiul qaiumo wa atubo alaih) (70) seventy times.
Before the person would get up from his/her prayer mat Allah (Subhanahu wa Ta’ala) will forgive all his/her sins and sins of their parents; and Allah (Subhanahu wa Ta’ala) will order the angels to plant fruit trees and build palaces for him/her in the paradise. The person will not die until he/she would see it in their dream.
3. Whosoever would pray four Rakah Nafil in the night of Qadar (Shab-e-Qadar), in each Rakah after Surah Fatiha, Surah At-Takathur once and Surah Ikhlas (3) three times. Allah (Subhanahu wa Ta’ala) will ease the hardship of death on him/her and will remove the punishment of grave. The person will get four columns in the paradise and each will sustain thousand palaces in it.
4. Whosoever would pray four Rakah Nafil in night of Qadar, in each Rakah after Surah Fatiha, Surah Qadar (3) three times and Surah Ikhlas (50) fifty times. After finishing the prayer read (Subhanallahe walhamdo lillahe wa lailaha illallaho walahu akbar). Allah (Subhanahu wa Ta’ala) will fulfill any just Dua (supplication) the person would ask.
5. Whosoever would pray four Rakah Nafil in the 27th of Ramadan night of Qadar, in each Rakah after Surah Fatiha, Surah Qadar once and Surah Ikhlas (27) twenty-seven times. The person will be forgiven all his/her sins; and will be pure and innocent like a newborn child; and will be rewarded with thousand palaces in the paradise.
6. Hazrat Ali (R.A.A) said:
“whosoever read Surah Qadr (7) seven time after the Isha prayer, Allah (Subhanahu wa Ta’ala) will remove all the calamities, hardship from him/her and one thousand angels would be making Dua for him/her for the Jannah (paradise).” (Ghanitul Talebin, Nazhatal Majalis, Fazeal-e-Shahud)

Monday, June 13, 2011

assignment induksi-belanjawan di ubahsuai

.0 PENDAHULUAN

Belanjawan boleh di definisikan sebagai pernyataan yang diperolehi dan perbelanjaaan yang diperuntukkan bagi masa hadapan. Ianya digunakan sebagai alat perancang dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Y.A.B Menteri Kewangan Malaysia dengan mentafsirkan belanjawan dalam konteks negara sebagai satu perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan melaksanakan dasar-dasar sosio-ekonomi Negara seperti dinyatakan dalam rancangan –rancangan lima tahun Malaysia. Dalam konteks ini, belanjawan dilihat sebagai penentu kedudukan ekonomi sesebuah negara dan ianya juga berupaya memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta. Belanjawan berperanan sebagai alat dasar fiskal dan alat pengurusan. Belanjawan sebagai alat dasar fiskal berfungsi sebagai peruntukan, agihan dan penstabilan. Manakala belanjawan sebagai alat pengurusan pula berfungsi sebagai alat mengurus sumber kewangan, dokumen kawalan belanjawan dan kewangan dan alat pengukur prestasi.

Secara latarbelakangnya, terdapat 3 jenis sistem belanjawan yang diperkenalkan di Malaysia iaitu;

1. Sistem Belanjawan Tradisional- ianya diperkenalkan sebelum merdeka sehingga tahun 1968.

2. Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP). Ianya mula diperkenalkan padaa tahun 1969.

3. Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS-Modify Budget System). Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 1990.

Sistem belanjawan diubahsuai mula diperkenalkan pada tahun 1990. Ianya .digubal untuk mempertingkatkan lagi perlaksanaan SBPP serta memperolehi faedah sepenuhnya.kerana ianya masih berasakan SBPP. Ianya diubahsuai mengikut amalan dan keperluan rakyat Malaysia. Ianya dilaksanakan terhadap 3 agensi kem perintis iaitu kesihatan, kebajikan dan kerjaraya.

1.1 Ciri belanjawan diubahsuai :

i) Batas perbelanjaan

Batas perbelanjaan adalah satu jumlah wang yang ditetapkan oleh Perbendaharaan di awal proses belanjawan tahunan sesebuah agensi dan jumlah ini tidak boleh dilampaui semasa mengemuka cadangan perbelanjaan bagi dasar-dasar sediada. Setiap cadangan perbelanjaan perlu dimaklumkan kepada agensi pada akhir tahun sebelum tahun kewangan semasa. Setiap anggaran bajet untuk aktiviti sediada tidak boleh melebihi siling ini tetapi boleh minta peruntukan tambahan jika dasar baru atau one offs. Oleh yang demikian, pemeriksaan terperinci tidak lagi diperlukan untuk anggaran di bawah Batas Perbelanjaan. Dengan adanya batas perbelanjaan yang ditetapkan, ianya akan memberi faedah kepada agensi yang berkenaan agar ia boleh merancang dengan lebih baik. Batas perbelanjaan berupaya memperteguhkan disiplin kewangan bagi sesebuah agensi. Ianya juga kearah pendekatan bajet top-down. Ini dapat diperincikan lagi dengan formula yang ditetapkan.

Contoh Formula Pengiraan Batas Perbelanjaan

Dasar Sedia Ada tahun 2010 = (Dasar Baru Tahun 2009 – Peruntukan Aset Tahun 2009) – Dasar Baru Tahun 2008 Yang Tidak Dilaksanakan +
2% Kenaikan Emolumen Tahun 2009 .

ii) Perjanjian program

Perjanjian Program adalah satu perjanjian yang menetapkan tahap prestasi yang akan dicapai antara agensi dengan perbendaharaan mengenai input yang akan digunakan untuk menghasilkan output dan impaknya bagi setiap program/aktiviti. Ia juga merupakan cadangan belanja mengurus kem dan ianya dijadikan asas untuk mengukur prestasi dan keberkesanan agensi. Jika tahap prestasi program tidak selaras dengan yang ditetapkan dalam perjanjian, dalam konteks ini laporan pengecualian hendaklah disediakan sebagai alat pengesanan dan pemantauan. Ini akan menjadikan agensi lebih bertanggungjawab terhadap prestasi masing-masing, mengenalpasti lebih awal masalah-masalah pelaksanaan yang mungkin timbul.

iii) Penilaian program

Penilaian program adalah bagaimana agensi akan menilai secara mendalam atas sesuatu program/aktiviti. Ianya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun. Penilaian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan sesuatu program dan aktiviti dari segi kewangan/peruntukan,sumber kesesuaian/relevan dan impak. Dengan cara ini ianya membantu pihak pengurusan mendapat maklumat untuk membuat keputusan terhadap perubahan sesuatu dasar dan penggubalan dasar baru. Di sini penilaian menjadi asas mempertingkatkan perancangan strategik dan akauntabiliti.

Dalam sistem belanjawan diubahsuai satu perubahan telah dibuat ke atas proses penyediaan belanja mengurus. Ianya bertujuan untuk menperteguhkan ekonomi negara melalui agihan sumber yang lebih baik dan teratur, mencapai perbelanjaan seimbang, meningkatkan prestasi program, memudah dan meningkat akauntabiliti pengurus.

2.0 Prinsip Dalam Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai.

1. Let’s Manager Manage (Biar Pengurus Mengurus)

Dalam konteks ini, kuasa membuat keputusan perlulah diberikan seberapa praktikal yang boleh kepada peringkat bawahan. Falsafah Perbendaharaan dalam sistem pengurusan kewangan belanjawan diubahsuai ialah Biar Pengurus Mengurusʺ. Selaras dengan falsafah ini, Perbendaharaan telah menurunkan kuasa untuk melakukan perbelanjaan serta agihan dan pindaan peruntukan baik belanjawan mengurus maupun belanjawan pembangunan. Perbendaharaan juga telah sedikit sebanyak dan secara bertahap telah melonggarkan pelbagai syarat dan peraturan pusat berkenaan perbelanjaan. Sekatan ini diionggarkan ataupun dihapuskan dengan harapan penguruspengurus awam akan dapat mengendalikan pengurusan mereka dengan cekap dan berkesan tanpa merujuk setiap cadangan untuk persetujuan ke pihak atasan termasuk Perbendaharaan. Tuntutan akauntabiliti merupakan prasyarat dalam penurusan kuasa bukan sahaja dalam pengurusan kewangan tetapi juga dalam pengurusan secara keseluruahannya. Tanpa akauntabiliti, perwakilan kuasa hanya akan merupakan penyerahan kuasa sahaja tanpa menggariskan apa yang sepatutnya dihasilkan meialui penggunaan kuasa untuk menggunakan dan agihkan peruntukan yang diberikan kepada sesuatu agensi, program atau aktiviti. Oleh itu akauntabiliti merupakan sebagaian yang penting dalam sistem penurunan kuasa. Sebagai kembar Siam, akauntabiliti perlu setara dengan penurunan kuasa. Hanya melalui akauntabiliti Perbendaharaan akan dapat menjalankan peranan kawalan perbelanjaan dalam konteks kelonggaran syaratsyarat pusat yang kini mengawal perbelanjaan dan dalam konteks penurunan kuasa.

2. Kuasa Membuat Keputusan Perlulah Bersesuaian Dengan Peringkat Akauntibiliti.

Konsep akauntabiliti telah wujud sejak beratusratus tahun dahulu dan sejarah awalnya dikesan pada zaman Aristotle dalam buku The Politics apabila dia mengatakan, Some officials handle large sums of money: it is, therefore, necessary to have other officials to receive and examine the accounts. These inspectors must administer no funds themselves. Different cities call them examiners, auditors, scrutineers and public advocatesMengikut Chambers 20th Century Dictionary, akauntabiliti bermaksud ʺLiability to give account for something to somebody; responsibility to fulfill obligationʺ. Kamus Pengurusan Perniagaan Dewan Bahasa dan Pustaka memberi makna akauntabiliti sebagai kepertanggungjawaban.

Berdasarkan konsep ini terdapat unsur hubungan di antara dua pihak. Satu pihak ialah yang mewakilkan kuasanya dan pihak kedua ialah yang bersetuju menerima kuasa itu dan melaksanakannya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kedua untuk melaporkan kembali kepada pihak yang mewakilkan kuasa cara mana ia telah melaksanakan kuasa itu. Dalam konteks sektor awam, akauntabiliti ditakrifkan sebagai tanggungjawab individu atau organisasi yang menjalankan tugas dan tanggungjawb menguruskan sumbersumber awam melalui perwakilan kuasa. Mereka yang menerima kuasa itu perlu melaporkan balik kepada pihak yang mewakilkan kuasa segala yang dicapai meialui kuasa yang diterima. Mereka juga adalah akauntable untuk bagaimana kuasa yang diwakilkan kepadanya digunakan.

2.1 Matlamat Yang Dicapai Dalam Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai.

Dengan terlaksana system belanjawan yang diubahsuai, agensi pusat tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana dengan terlalu ketat. Kuasa secara autoriti telah diagihkan kepada agensi pelaksana. Oleh itu, mereka boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana.

Agensi pelaksana diberi kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka. Ini membolehksan agensi pelaksana mengenalpasti lebih awal masalah-masalah pelaksana yang mungkin timbul dan mereka berupaya merangka tindakan sewajarnya untuk diambil. Oleh yang demikian segala isu yang akan timbul bersangkutan kelewatan untuk melaksakan sesuatu aktiviti ataupun program oelh agensi pelaksana dapat dielakkan.

Agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai dan segera bagi melaksanakan program atau aktivi mereka. Ianya berlaku kerana belanjawan diubahsuai adalah berasaskan kapada konsep ‘let manager manage’ yang mana kuasa yang lebih luas telah diberikan pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan program /aktiviti projek untuk membuat berkaitan dengan program.

Kelonggaran kawalan terperinci .keatas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauhmana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan memepunyai flesibiliti untuk melaksanakan tugas mereka.

Di Malaysia akauntabiliti awam adalah syarat undangundang seperti yang terkandung dalam Perlembagaan, undangundang dan peraturan dan arahan Perbendaharaan. Peruntukan yang diagihkan kepada sesuatu agensi, program dan aktiviti merupakan wang awam. Setiap anggota perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa wang awam ini dibelanjakan mengikut apa yang telah dirancang dan dianggarkan mengikut sistem, prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Memandangkan seseorang anggota perkhidmatan awam diamanahkan dengan wang atau aset awam oleh Parlimen, ia hendaklah mengakaunkan cara penggunaannya kepada Parlimen dan pihakpihak berkuasa yang lain seperti Perbendaharaan, ketua jabatan dan pengurus program. Akauntabiliti merupakan jaminan bahawa wang awam adalah diuruskan dengan cekap.

3.0 Penutup

Melalui penelitian yang dibuat dalam pekeliling-pekeliling berkaitan kewangan, pegawai pengawal mempunyai peranan yang penting dalam memastikan aspek penyediaan belanjawan dan perbelanjaan belanjawan itu berkesan. Aspek kawalan wang kerajaan dipertanggungjawabkan kepada pegawai pengawal yang diberi kuasa untuk membuat penyediaan belanjawan dan membelanjakan wang tersebut mengikut kaedah-kaedah serta undang-undang yang telah ditetapkan. Sebagai penjawat awam, pegawai pengawal perlulah mempunyai pengetahuan serta mengambilkira tentang semua proses dan prosedur kewangan untuk meningkatkan pengurusan kewangan kerajaan yang cekap dan sistematik. Ketirisan dan kesilapan dalam penyediaan belanjawan kebanyakannya berlaku apabila penjawat awam yang merupakan pegawai pengawal tidak memainkan peranan dalam pengurusan kewangan jabatan dan mengambil bersikap tidak peduli atau sambil lewa dalam aspek kewangan. Kerajaan dalam hal ini telah memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kewangan melalui penawaran kursus dan pengemaskinian arahan dari semasa ke semasa. Pegawai pengawal juga boleh dikenakan tindakan jika berlakunya kesalahan dan salahlaku dari segi perancangan dan perbelanjaan wang awam bagi memastikan mereka mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya ke atas wang yang diperuntukkan. Pegawai pengawal perlulah memberi komitmen dalam penyediaan belanjawan kerana ianya dapat menentukan keberkesanan sesebuah organisasi untuk menggunakan peruntukanyang diluluskan pada tahun berikutnya. Kajian yang teliti perlulah dibuat untukmemastikan belanjawan yang disediakan bertepatan dengan permohonan yang diminta. Ini kerana semasa permohonan ini disediakan, pegawai pengawal telah bersetuju dengan perjanjian program yang akan dirancang dan seterusnya melaksanakan program tersebut mengikut prosedur serta arahan yang ditetapkan.Pertimbangan yang sewajarnya haruslah diberikan dalam menentukan keutamaan program yang hendak dilaksanakan. Oleh yang demikian, nilai integriti dan akauntabiliti adalah penting ditekankan kepada setiap pegawai yang mengawal kerana ianya adalah asas dalam pengurusan kewangan jabatan.

Sunday, May 8, 2011

my mum

           my mum

my mum may not be so loving...
neither she shows me her love
nor she speaks nice and softly to me...
or ever say how much she loves me...
but..she will be like a roof
shield and protect me in every single way,
she will be like pillar,
standing tall, support me from fall...
my mother may not be the nicest woman in the world..
but to my world she is the nicest of all..
her grudges, her yells, her babbles...
will never ever keep me away from her...
whatever others think of her...
she is the most beloved person to me..
my gateway to heaven...
after all..she is..my mother....

Thursday, April 14, 2011

Happy birthday to me!

Happy Birthday To me


It is 12th April, and it is my birthday...
What shall I do if....
No warm hugs and kisses today...
No special present that i ever crave for..
No birthday cake for me to cut....
And no birthday wish for me...

Shall I cry?
Shall I be in despair?
No...No..No..
Not on my birthday!
Coz I will...

Hug and kiss those whom I love so much,
I will get myself a present that I crave for..
I will buy a birthday cake for me..
Make a wish..'HAPPY BIRTHDAY TO ME...!
And nothing will ruin my birthday!!!!!!!!!!!!!!!!..