
Usai tawaf 'wida' aku berkesempatan berada di Multazam, berhadapan pintu Kaabah, antara tempat mustajab doa, kesempatan yang ada aku ambil peluang solat sunat dan berdoa. Masa itu aku terasa Allah benar-benar mendengar segala luahan segala doaku...taubatku..perasaanku..harapanku. Syukur, pada pagi itu suasana agak tenang, ada ruang untuk aku berteleku di situ, pengawal pun tidak menghalauku walaupun aku berada lama di situ. aku berharap agar aku dapat datang berkali-kali ke Tanah suci..aku hanyut dalam syahduku..terasa bahawa tiada yang lebih bernilai selain dari berada di sini. Masa untuk pulang telah tiba, aku harus ke Hotel untuk check out..dengan pandangan yang sayu, langkah yang berat aku meninggalkan Kaabah, masjidilharam..bandar Mekah..Ya Allah, hatiku, jiwaku..perasaanku, ku tinggalkan disana..di Madinah dan Mekah..aku mau dia terus berada di sana, agar ingatan dan diri ini terus mempunyai ikatan dengan 2 tempat penuh barakah dan rahmat.. Aku tak ingin mengutipnya, aku mahu ianya terus menjadi penghuni kota suciMU sampai bila-bila. 2 kenangan terindah yang dianugerahkan padaku, yang mana menghubungkan aku dengan kedua Tanah Suci..di Madinah aku mendapat sehelai sejadah, yang mana bila aku jadi teramat rindu, aku cium dan gunakannya dan di Mekah, aku sempat berkenalan dengan anak angkat sahabat yang belajar di sana, Iskandar namanya. Bila rindu, aku akan telefonnya, terasa suara ku bergema disana, dan aku sentiasa meminta dia mendoakan kami sekeluarga disana, terasa namaku dan keluarga disebut di Tanah SuciMU ya ALLAH.. Rindu ini tak pernah putus, tak pernah surut malah makin membuak-buak walaupun sudah 2 tahun masa berlalu. Ingatan segar, kecintaan terhadap tanah barakah makin menebal. Ya Allah, terimalah daku lagi sebagai tetamuMU..Aku sentiasa ingin nerada di bumi barakahMU...panjangkan usiaku, murahkan rezeki dan berlah kesihatan yang baik agar aku dapat menjadi tetamuMU lagi, bersama keluarga kalau KAU izinkan..
Dan aku mula rasakan bahawa yang lain sudah tidak terlalu penting asalkan KAU menyayangi dan mengasihi kami sekeluarga dan mereka yang menyayangi kami..Ya Allah..berkati dan lindungi kami di dunia dan akhirat..dan jadikan kami penghuni JANNAHMU..AMIN..Bumi barakahMU telah mendidkku menjadi sebenar insan..Ya ALLAH, Terimalah daku sebagai insan yang kau redhai..
No comments:
Post a Comment