Sunday, October 17, 2010

Catatan Suci..Travelog Umrah ku



Tanggal 1 ramadan 2009, saat umat Islam menyambut puasa, saya menjejak kaki di lapangan terbang jeddah dan jam menunjukkan kira-kira jam 4.30 pagi. Kedinginan pagi bercampur baur dengan perasaan yg amat terharu, mengucap syukur pada ilahi kerana penerbangan kami selamat sampai ke destinasi...Alhamdulillah, di celah-celah keriuhan lautan manusia yang yang membanjiri lapangan terbang, tertitis air mata kerana hati teruja ingin berada di tanah suci. Dalam keadaan yang agak kelam kabut, kami di hidangkan denagan nasi bungkus lauk ayam pedas untuk sahur sebelum kami tiba di balai imigresen untuk pemeriksaan seterusnya..dan setelah selesai, kami dibawa menaiki bas untuk bertolak ke bandar nabi yang suci, Madinah al munawwarah. Dalam kelam cahaya suria mulai mengintai pagi, bas kami mulai bergerak menuju ke Madinah..saya mencium kakak di sebelah tanda terima kasih kerana dia yang membawa saya kesini. Setelah hampir 7 jam perjalan, kami tiba ke bandar suci Madinah..hati bercampur sayu, gementar,teruja & gembira bila memasuki bandar tempat Junjungan Mulia disemadikan..

menyusuri bandar Madinah, hati terasa seolah olah baginda Rasul menyambut kedatangan kami..terasa ketenangan mulai memenuhi diri hingga lupa kepenatan diri sepanjang perjalanan..setelah check in di hotel, kami bergegas ke masjid nabawi untuk solat asar..

No comments:

Post a Comment